Sunday, October 18, 2009

Juara Pertandingan Mencipta Logo 5S

Posted on 10:35 PM by JK Promosi


JUARA
Bahagian Pengurusan Malumat

TEMA
5S CEKAP ORGANISASI CEMERLANG

JUSTIFIKASI LOGO
Logo 3 dimensi ini menggambarkan kerjasama pelbagai peringkat warga Kementerian Pertahanan dalam merealisasikan 5S yang bukan sekadar perancangan sahaja malah pelaksanaan berterusan dalam Kementerian.

Bentuk sfera yang berbingkai
membawa makna pelaksanaan 5S yang terkawal, sistematik dan penuh dengan kerjasama dalam organisasi Kementerian yang teguh.

Lima (5) anak panah membawa maksud semua proses 5S iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal dilaksanakan secara bersistematik, teratur dan berterusan dengan panduan yang jelas dah mudah difahami.

Tulisan 5S yang dominan di tengah-tengah logo menunjukkan kesungguhan Kementerian Pertahanan dalam melaksanakan 5S sehingga mencapai taraf 5 bintang.

Jalur Gemilang yang menjadi latar belakang logo ini mengaitkan kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat Malaysia untuk menaikkan imej negara yang secara tidak langsung bersemadi dalam jiwa setiap warga Kementerian Pertahanan.

Warna hijau melambangkan warga Kementerian Pertahanan yang optimistik, lasak, jujur dan harmoni dengan persekitaran yang semulajadi, tenang, selamat dan segar bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif.

Warna biru dipilih bagi melambangkan kesejahteraan, profesional, kesetiaan, kestabilan dan kepercayaan yang menjadi amalan pengurusan atasan di Kementerian Pertahanan yang turut dicontohi oleh warga Kementerian Pertahanan.

Warna merah pula melambang keberanian, kepantasan, kesungguhan, kemeriahan dan kecintaan warga Kementerian pertahanan dalam melaksanakan misi, visi dan objektif Kementerian Pertahanan.

No Response to "Juara Pertandingan Mencipta Logo 5S"

Leave A Reply